MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN


Semua orang selepas dilahirkan telah diberi nama masing-masing, kemudian menyertai pelbagai aktiviti masyarakat dengan nama itu, nama telah memainkan peranan yang mewakili diri sendiri dan dapat dibezakan dengan orang lain. Akan tetapi, dalam masyarakat China pada zaman silam, erti nama tidak bertujuan seperti itu sahaja.
Dalam sejarah, kebudayaan nama orang China pernah merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat yang berkaitan status dan semangat bangsa China, dan memainkan peranan amat penting dalam bidang politik, kebudayaan dan aktiviti masyarakat. Dokumen kajian sejarah membuktikan, pada lebih 1 juta tahun yang lalu, orang China telah hidup di Tanah Besar China sekarang. Akan tetapi, sejarah yang orang China mempunyai nama keluarga bermula pada 5 hingga 6 ribu tahun yang lalu, iaitu masyarakat nasab ibu. Keistimewaan masyarakat nasab ibu ialah wanita menguruskan urusan dalam puak, serentak itu melaksanakan sistem perkahwinan dengan puak yang lain tetapi melarang perkahwinan dalam puak yang sama. Oleh sebab sistem tersebut dilaksanakan, maka, mereka mesti mengenalpasti sama ada pasangan itu tidak mempunyai hubungan darahmaka nama keluarga yang mewakili orang yang mempunyai hubungan darah telah muncul.
Berdasarkan bukti yang ditemui oleh sarjana Dinasti Qing, Gu Yanwu, terdapat 22 nama keluarga yang bersejarah paling lama di China, akan tetapi mungkin ada banyak nama keluarga telah hilang seiring dengan perkembangan masyarakat. Serentak itu, nama keluarga yang diwarisi juga telah mengalami perubahan besar. Pada kira-kira 4 hingga 5 ribu tahun yang lalu, orang China selepas mengalami masyarakat nasab ibu dan nasab bapa, pelbagai lapisan masyarakat telah muncul di China. Salah satu perkara yang sering berlaku dalam tempoh itu ialah meningkatkan pengaruh dan peperangan antara suku yang berlainan nenek moyang mereka. Dalam peperangan itu, ramai orang yang membuat sumbangan besar besar telah mendapat tanah sebagai hadiah serta diizinkan menjadi anggota keluarga, pengikut dan tawanan perang bersama-sama ke kawasan itu, menerokan kawasan penempatan baru. Mereka mempunyai pelbagai nama keluarga, selepas mereka pergi ke tempat penempatan baru, mereka juga mendapat nama keluarga yang baru yang berkaitan dengan kawasan itu.
Pada abad ke-3 sebelum Masihi, selepas Maharaja Qin Shihuang menyatukan China, orang China mulai ada nama yang lengkap. Kemudian, dalam masyarakat feudal China yang bersejarah lebih 2 ribu tahun, puluhan dinasti mengalami perubahan, setiap perubahan akan membentuk banyak kawasan penempatan yang baru, sehubungan dengan itu nama yang baru juga muncul. Maka, nama menjadi simbol status kedudukan mereka dalam masyarakat, kebudayaan nama telah dibentuk dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Sehingga sekarang perantau China yang tinggal di negara asing selalu kembali ke Tanah Besar China untuk mencari asal usul nenek moyang mereka, ini sudah menjadi perkara biasa sekarang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebudayaan nama China sebagai hasil sejarah masyarakat silam China telah menjadi bidang penting bagi orang ramai belajar sejarah bangsa China. Misalnya mengkaji asal usul, perbezaan dan persamaan nama membolehkan kita dapat mengetahui keistimewaan masyarakat yang berbeza pada zaman purba China. Ciri-ciri masyarakat zaman purba China dapat dicerminkan melalui kebudayaan nama orang China, ini juga semakin dipentingkan oleh kalangan sarjana.  


 Kepercayaan 
Agama-agama utama di China adalah:
  • Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui
  • Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]
  • Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%)
  • Islam - 1% ke 2%
  • Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan kerohanian, jumlah mengikut Falun Dafa yang dihebohkan turut dianggap tidak boleh dipercayai)
Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak beragama) namun kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat.
Kebelakangan ini, Falun Gong, satu amalan kerohanian yang menggabungkan amalan agama Buddha dan Taoisme, telah menctuskan kontroversi besar setelah kerajaan Republik Rakyat China melabelkannya sebagai ajaran sesat yang jahat dan memulakan cubaan menghapuskannya. Falun Gong sendiri menafikan bahawa dirinya merupakan ajaran sesat atau agama. Falun Gong mengakui mempunyai kira-kira 70-100 juta orang pengikut, bilangan yang lebih tinggi sedikit daripada anggaran pihak luar, namun jumlah yang setepatnya masih tidak diketahui. Pengikut kumpulan ini lazimnya memprotes untuk menentang penindasan yang dikenakan terhadap mereka, di dalam dan luar negara.
  

Seni, pendidikan dan kesusasteraan

A porcelain workshop in Jingdezhen city, Jiangxi Province.
Kesusasteraan Cina mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan, sebahagiannya kesan perkembangan teknologi pencetakan sewaktu Dinasti Song. Sebelum itu, manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius, Taoisme, dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan berus dakwat (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata. Akademi para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil-hasil ini dalam kedua-dua bentuk dicetak dan ditulis. Ahli kerabat diraja kerap menyertai perbahasan sebegini. Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan lama hingga masa kini dan lebih lagi, daripada tetulang hingga fatwa Dinasti Qing, yang ditemui setiap hari, secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina.
Sejak berabad lama, peluang untuk kemajuan ekonomi dan sosial di China boleh disediakan oleh prestasi tinggi dalam peperiksaan diraja, maka tercetusnya konsep meritokrasi, namun dalam amalannya sistem ini hanya menyebelahi orang lelaki sahaja dan tidak terlalu miskin agar mampu membuat persediaan peperiksaan, kerana pembelajaran masih diperlukan untuk mencapai keputusan terbaik. Walau bagaimanapun, sistem ini ketara bezanya daripada sistem Eropah yang mementingkan kebesaran keluarga. Peperiksaan diraja mewajibkan para calon menulis esei dan mendemonstrasi penguasaan mereka dalam falsafah Confucius. Calon yang lulus tahap tertinggi peperiksaan ini dialntik sebagai pegawai cendekiawan elit atau jinshi, kedudukan sosio-ekonomi yang disanjung tinggi.
Ahli falsafah, pengarang dan penyair Cina sejak sekian lama menjadi ahli masyarakat yang disanjung tinggi dalam pelbagai segi, dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memupuk budaya empayar ini. Akan tetapi tindakan sesetengah ilmuwan melakarkan cara hidup para rakyat China yang biasa dalam gambaran yang tidak disukai menimbulkan kemarahan kerajaannya. (Lihat Senarai penulis China dan Senarai sasterawan China)
Para orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti zheng, xiao dan erhu, yang telah berkembang penggunaan mereka di sebanjang Asia Timur dan tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik "free-reed" Barat.
Tulisan China mempunyai pelbagai variasi dan cara penulisan sepanjang sejarah China, dan telah "diringkaskan" pada pertengahan abad ke 20 an. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi statusnya di China, lebih tinggi daripada melukis gambar dan muzik sekalipun. Disebabkan kaligrafi disamakan pengunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar, ia menjadi komersial dan para tulisan mereka menjadi barang berharga.
Variasi dan keindahan landskap China merupakan sumber inspirasi lukisan-lukisan China yang agong. Lihat Lukisan China untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kaligrafi, sushi dan bonsai adalah seni warisan lama di China dan berkenbang ke Jepun dan Korea.

Sains dan teknologi

Suit angkasa lepas yang dipakai oleh Yang Liwei, angasawan Shenzhou 5. China merupakan negara ketiga untuk melancarkan manusia ke orbit.
Selain daripada inovasi budaya yang dipercakapkan di atas, alatan yang dicipta daripada China termasuk:

Kajian lain:
  • Aplikasi matematik di China tradisional adalah dalam seni bina dan geografi. Pi(π) telah dikira oleh ahli matematik Zu Chongzhi sehingga angka ketujuh. Sistem decimal telah digunakan di China seawal abad ke 14 M. Segitiga "Pascal" telah ditemui oleh ahli matematik Liu Ju-Hsieh lebih awal daripada kelahiran Pascal.
  • Kajian dalam cabang sains biologi amat ekstensif, dan rekod sejarah masih digunapakai sehingga ke hari ini, terutama dalam ubatan pokok tradisional.
  • Ubatan Tradisional dan pembedahan amat tinggi pencapaiannya semasa beberapa waktu dalam sejarah, dan dilihat sebagai innovatif dalam sesetengah bidang. Mereka terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti perubatan antarabangsa, dan telah diiktiraf dalam beberapa abad kebelakangan ini sebagai terapi alternatif. Satu contoh adalah akupuntur, sekapipun ia dipertikai sesetengah pihak. Akan tetapi, bedah siasat tidak diterima kerana kepercayaan bahawa satu mayat tidak boleh dicabuli. Namun, terdapat ramai doktor yang telah meningkatkan pemahaman am tentang anatomi dengan melanggar peraturan berkenaan pencabulan ini.
  • Alkimia merupakan kimia Taoisme, berlainan dengan kimia moden.
  • Astrologi Cina dan buruj Cina selalu digunakan untuk ramalan.
  • Inovasi ketenteraan termasuk panah dan rakapnya, gas beracun (asap dari biji sawi terbakar), gas pemedih mata daripada serbuk air limau, peta perlindungan untuk merancang pertempuran, layang-layang yang boleh dinaiki, tombak berbakar, roket, ubat bedil, grenad ubat bedil, proto-pistol, pelbagai jenis senapang berkaitan peluru dan meriam.

3 comments: