Raja yang kini dikenali
sebagai Qin Shi Huang (Bahasa
Cina: 秦始皇; pinyin: Qín Shǐ Huáng) atau Shi Huang Di (259 SM – 10 September 210 SM), nama peribadi Yíng Zhèng, ialah raja Negeri Qin dari 247 SM hingga 221 SM (secara rasminya masih di
bawah naungan Dinasti Zhou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM, yang memerintah dengan
gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina:
始皇帝; pinyin: Shǐ Huáng Dì). Sebagai
pemerintah Qin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.
Qin Shi Huang kekal sebagai
tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda serta ketua penasihat baginda Li Si meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan
perpaduan, maka mereka menjalankan beberapa projek gergasi, terutamanya versi
pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh
patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya
kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Untuk
memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai
pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain
yang didekrikan secara rasmi.
Sungguhpun pemerintahan autokratik baginda yang begitu zalim,
namun Qin Shi Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang
tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama
lebih 2,000 tahun.